Thursday, December 10, 2009

KHASIAT NAMA ALLAH

Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.






05.10.06
Muka Surat 1 - 3
Selepas Solat Fardhu
Selepas Fardhu Zohor
Ya-Samii’
ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ
(Membaca 100X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.
Selepas Fardhu Maghrib
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
(Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.
Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya.
Selepas Fardhu Isyak
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
(Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.
Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.
Ya-Aakhir
ﺍﻻﺨﺮ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.
Ya-Rasyiid
ﺍﻟﺮﺸﻴﺩ
(Berzikir 100X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah segala amalannya di terima.

05.10.06
Muka Surat 2 - 3
Selepas Solat Fardhu
Selepas Fardhu Jumaat
Ya-Allah-Ya-Haiyu
(Berzikir 100X
sebelum solat Jumaat)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.
Ya-Dzaahir
ﺍﻇﺎﻫﺮ
(Membaca 15X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.
Selepas Solat lima waktu
Ya-Allah
ﺍﷲ
(Berzikir 66X
setiap 66 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah” 66 kali selama 66hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.
Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Rahmaan” 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai.
Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan” 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.
Ya-‘Aliim
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aliim” 100 kali setiap lepas solat fardhu lima waktu, insyallah dia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf ( ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di perlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasyi yang bernama Asyahamah. Nabi (s.a.w.) pun solat ghaib ke atas raja itu ) dan memperoleh iman yang sempurna.
Ya-‘Adl
ﺍﻟﻌﺪﻝ
(Berzikir 104X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Adl” 104 kali setiap lepas solat, insyallah dirinya masyhur banyak keadilan di lakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya.
Ya-Haliim
ﺍﻟﺤﻟﻴﻡ
(Berzikir 88X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Haliim” 88 kali tiap-tiap lepas solat, insyallah pangkat atau kedudukannya berkekalan.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 100 kali setiap kali lepas solat fadhu lima waktu, insyallah dirinya menjadi orang yang soleh.



05.10.06
Muka Surat 3 - 3
Selepas Solat Fardhu
AR-RAHIIM
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Barang siapa berzikir “Ya-Rahiim” 100 kali tiap-tiap hari, insyallah lembut hatinya dan kasih sayang kepada makhluk.
AL-MALIK
ﺍﻟﻤﻟﻚ
Barang siapa berzikir “Ya-Malik” 121 kali setiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari, insyallah di bukakan pintu rezeki luas untuknya.
AL-QUDDUS
ﺍﻟﻗﺪﻮﺱ
Barang siapa berzikir “Ya-Quddus” 100 kali setiap hari, dirinya terlepas daripada segala kebimbangan dan kecemasan.
AS-SALAAM
ﺍﻟﺴﻼﻢ
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Yaa-Salaam” 160 kali di tujukan kepada orang yang sedang sakit maka insyallah dapat menolong pesakit itu sembuh.
Barang siapa membaca Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrah-matullah hiwabarakatuh 100 kali setiap hari, insyallah dirinya mudah menghadapi sakratulmaut (kesukaran mengahadapi ajal yang akan berpisah dari badan) dan mudah pula baginya melakukan segala pekerjaan.
Barang siapa membaca “Salaamun Kau Lamin-Rabbir-Rahim” 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.
AL-MUKMIN
ﺍﻟﻤﺆﻤﻦ
Barang siapa mengulangi menyebut “Ya-Mukmin” insyallah dirinya terselamat daripada sebarang bencana.
Barang siapa berzikir “Ya-Mukmin” insyallah bertambah-tambah imannya.
AL-JABBAAR
ﺍﻟﺟﺑﺎﺮ
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Jabbaar”, insyallah dirinya terpelihara daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselemat daripada kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.
AL-MUTAKABBIR ﺍﻟﻤﺗﻛﺑﺮ
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Mutakabbir” sebelum menyetubuhi isterinya, insyallah dirinya di kurniakan anak yang sihat dan soleh.
AL-BAARI
ﺍﻟﺑﺎﺮﻯ
Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ ” 100 kali siang dan malam, selama tujuh hari berturut-turut, insyallah dirinya selamat daripada kebinasaan dan dia tidak berasa takut ketika dalam kuburnya kelak.
Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ “ 100 kali pada setiap malam hari selama tujuh malam berturut-turut, insyallah sembuh segala penyakit di hidapinya.
AL-GHAFFAAR
ﺍﻟﻐﻔﺎﺮ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Ghaffaar” akan di ampuni Allah SWT segala dosanya.
Barang siapa inginkan kemewahan harta, anak dan di beri rezeki yang berkat, maka hendaklah di lazimkan membaca “Astaghfirullah Innahu Kana Ghaffaaran” sebanyak 70 kali setiap hari, insyallah di kabulkan segala keinginannya”.
AL-WAHHAAB ﺍﻟﻭﻫﺎﺏ
Barang siapa yang menyebut berulangan “Ya-Wahhaab” sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah, permohonannya dimakbulkan.
AR-RAZZAAQ ﺍﻟﺮﺯﺍﻕ
Barang siapa berzikir “Ya-Razzaaq” 20 kali selama 20hari berturut-turut, di lakukan pada awal pagi sebelum makan dan minum, insyallah dia di beri kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara (ilmu).
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Razzaaq” maka Allah akan membantu usahanya agar berjalan lancar.
AL-‘ALIIM
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-‘Aliim”, insyallah hatinya akan di sinari cahaya nur yang suci.
AL-QAABIDH
ﺍﻟﻗﺎﺑﺽ
Barang siapa berzikir “Ya-Qaabidh” 100 kali setiap malam Jumaat, insyallah bertambah hampir hatinya kepada Allah.



05.10.06
Muka Surat 1 - 5
Zikir setiap hari
AL-BAASIT
ﺍﻟﺑﺎﺳﻁ
Barang siapa menyebut “Ya-Baasit” 10 kali pada waktu fajar dengan menadah tangan, kemudian menyapu ke mukanya maka dia dapat berdikari ( tanpa bergantung kepada orang lain ).
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ “ 70 kali setiap hari atau malam, insyallah dirinya terselamat daripada orang zalim dan pencuri.
AL-MUDZILL
ﺍﻟﻤﺬﻝ
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mudzill” 75 kali, insyallah dirinya di jauhkan daripada bencana dan orang yang ingin membinasakannya.
AL-‘AZIIM
ﺍﻟﻌﻅﻴﻢ
Barang siapa yang membaca berulang kali, insyallah dirinya di muliakan.
AL-GHAFUUR
ﺍﻟﻐﻓﻭﺭ
Barang siapa yang menghidap pening kepala, demam dan berputus asa lalu di baca berulang kali “Ya-Ghafuur” insyallah sembuh penyakitnya.
Barang siapa yang mengamalkan sebanyak mungkin setiap hari, insyallah doa dan permohonannya di kabulkan.
AS-SYAKUUR
ﺍﻟﺷﻛﻭﺭ
Barang siapa yang menghidap sesak nafas, lelah (penat) badan atau daif matanya lalu menulis “Ya-Syakuur” 40 kali dan di hapuskan dengan air lalu di sapukan ke badan atau matanya dan juga di minum, insyallah dia mendapat berkat daripadanya.
Barang siapa yang susah hati lalu membaca “Ya-Syakuur” 41 kali dan menghembuskan nafas ke dalam segelas air kemudian membasuh mukanya dengan air itu, insyallah hatinya akan terang dan dia akan dapat menguasai dirinya.
AL-KABIIR
ﺍﻟﻜﺑﻴﺭ
Barang siapa yang membaca “Ya-Khabiir” 100 kali setiap hari, insyallah akan beroleh penghormatan.
AL-HAFIIZ
ﺍﻟﺤﻔﻴﻅ
Barang siapa yang membaca “Ya-Hafiiz” 16 kali setiap hari akan di jauhi Allah daripada sebarang kecelakaan.
Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di hutan belantara bacalah “Ya-Hafiiz” 99 kali, dirinya selamat daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah SWT.
AL-MUQIIT
ﺍﻟﻤﻘﻴﺖ
Barang siapa yang membaca “Ya-Muqiit” berulang kali dalam segelas air lalu di beri minum kepada anak yang nakal, insyallah perangai anak itu akan bertukar baik.
AL-HASIIB
ﺍﻟﺤﺴﻴﺐ
Barang siapa berzikir (mulai hari Khamis) “Ya-Hasiib” 77 kali selama tujuh hari dan pada awal pagi sebelum terbit matahari dan selepas waktu maghrib, insyallah dirinya di amankan daripada segala yang di takutinya.
AL-KARIIM
ﺍﻟﻛﺭﻴﻡ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Kariim”, insyallah dia mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
AR-RAQIIB
ﺍﻟﺭﻗﻴﺐ
Barang siapa yang membaca “Ya-Raqiib” 7 kali, keluarga dan harta bendanya akan di jaga oleh Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Raqiib” 50 kali dengan niat meminta di pelihara daripada kejahatan yang tersembunyi, insyallah dirinya terpelihara.
Barang siapa takut isterinya keguguran maka bacalah “Ya-Raqiib” 7 kali insyallah janin (bayi) di dalam kandungan itu tiada gugur.
AL-MUJIIB
ﺍﻟﻤﺟﻴﺐ
Barang siapa yang membaca “Ya-Mujiib” berulang kali dan memohon sesuatu daripadanya, nescaya akan di terima Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Mujiib” 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyallah di kabulkan doanya.
AL-HAKIIM
ﺍﻟﺤﻛﻴﻡ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hakiim” tanpa henti-henti dari semasa ke semasa, insyallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.


05.10.06
Muka Surat 2 - 5
Zikir setiap hari
AL-MAJIID
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
Barang siapa yang menyebut “Ya-Majiid” berulang kali, Allah akan menerangi jiwanya.
AL-BAA’ITS
ﺍﻟﺑﺎﻋﺙ
Barang siapa yang membaca “Ya-Baa’its” berulang kali, nescaya dirinya berasa takut kepada kekuasaan Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Baa’its” 100 kali ketika hendak tidur lalu melekapkan tangan di atas dadanya insyallah di terangkan hatinya dan di beri ilmu dan hikmat.
AS-SYAHIID
ﺍﻟﺷﻬﻴﺪ
Barang siapa mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapa, apabila membaca “Ya-Syahiid” berulang kali kepada anaknya, insyallah anak itu akan menurut perintah.
AL-HAQQ
ﺍﻟﺤﻕ
Barang siapa yang hilang sesuatu lalu menyebut “Ya-Haqq” berulang kali, insyallah akan di temui semula barangnya yang hilang itu.
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Haqq” pada tiap-tiap malam insyallah di tetapkan hatinya berbuat taat.
AL-WAKIIL
ﺍﻟﻭﻜﻴﻝ
Barang siapa takut angin kencang (ribut), petir dan seumpamanya, amalkan membaca “Ya-Wakiil” sebanyak mungkin, insyallah dirinya terhindar daripada bahaya tersebut.
Barang siapa berzikir “Ya-Wakiil” 66 kali hingga 1000 kali pada setiap hari atau malam, insyallah di bukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.
AL-MATIIN
ﺍﻟﻤﺗﻴﻦ
Barang siapa berzikir “Ya-Matiin” 10 kali keatas anak-anak kecil lelaki atau perempuan, insyallah mereka terpelihara daripada kejahatan zina.
Barang siapa yang menghadapi kesusahan lalu menyebut “Ya-Matiin” berulang kali, insyallah kesusahan yang di alaminya itu akan terhapus.
AL-WALIY
ﺍﻟﻭﻟﻲ
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Waliy”, insyallah dirinya berkemungkinan menjadi waliyyullah (orang yang menjadi kekasih Allah).
AL-HAMIID
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
Barang siapa yang menyebut “Ya-Hamiid” berulang kali insyallah dirinya akan di kasihi dan di hormati.
AL-MUBDI’
ﺍﻟﻤﺒﺪﻯ
Barang siapa yang membaca “ Ya-Mubdi’ ” sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan mengandung yang takutkan keguguran, insyallah dia akan terhindar daripada bahaya tersebut.
Barang siapa membanyakkan berzikir “ Ya-Mubdi’ ” setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyallah hartanya di banyakkan dengan tiada terkira jumlahnya.
AL-MU’IID
ﺍﻟﻤﻌﻴﺪ
Barang siapa yang membaca “Ya-Mu’iid” 70 kali di tujukan untuk seorang yang berjauhan dengan keluarganya, insyallah orang itu akan pulang dengan selamat.
AL-MUHYI
ﺍﻟﻤﺤﻲ
Barang siapa yang menanggung beban yang berat lalu membaca “Ya-Muhyi” 7 kali setiap hari, insyallah bebannya akan di ringankan atau terhapus sama sekali.
AL-HAYY
ﺍﻟﺤﻲ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hayy”, insyallah di panjangkan umurnya.
Barang siapa memperbanyakkan zikir “Ya-Hayy”, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehinggakan si pengamalnya selamat daripada sifat munafik, syirik, dengki, bongkak, dendam dan lain-lain sifat seumpamanya.
AL-QAYYUUM
ﺍﻟﻗﻴﻭﻡ
Barang siapa yang membaca “Ya-Qayyuum” berulang kali, insyallah dirinya tidak akan menjadi lalai.
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Qayyuum”, insyallah di hilangkan daripadanya tabiat tidur yang keterlaluan atau lalai.


05.10.06
Muka Surat 3 - 5
Zikir setiap hari
AL-WAAHID
ﺍﻟﻭﺍﺤﺪ
Barang siapa yang membaca “Ya-Waahid” berulang kali ketika keseorangan dan di tempat yang sunyi, insyallah dirinya terselamat daripada perasaan takut dan khayalan.
AS-SAMAD
ﺍﻟﺻﻤﺪ
Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 125 kali waktu sahur, insyallah zahir kebenaran pada hatinya.
Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan.
Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyallah barang yang hilang itu akan di perolehi kembali.
AL-QAADIR
ﺍﻟﻗﺎﺪﺮ
Barang siapa yang lazim membaca “Ya-Qaadir” berulang kali, insyallah semua permintaannya akan di terima Allah.
AL-MUQTADIR
ﺍﻟﻤﻗﺘﺪﺮ
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Muqtadir” 100 kali setiap ketika bangun tidur, insyallah dirinya dalam inayah dan petunjuk Allah Taala SWT.
AL-MUAKHKHIR ﺍﻟﻤﯘﺨﺮ
Barang siapa membaca “Al-Muakhkhir” 100 kali dalam hatinya setiap hari, dirinya hanya menaruh cinta kepada Allah. Dia tidak akan di ganggu oleh perasaan yang lain.
AL-AWWAL
ﺍﻷﻭﻝ
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Awwal” ketika memulai tiap-tiap pekerjaan, insyallah pekerjaan yang di lakukannya mencapai kesempurnaan.
AL-AAKHIR
ﺍﻻﺨﺮ
Barang siapa membaca “Ya-Aakhir” berulang kali, insyallah dirinya akan memperoleh kehidupan yang baik. Pada akhir penghidupan, dia akan menemui maut dengan keadaan yang baik juga.
AL-BAATIN
ﺍﻟﺑﺎﻄﻦ
Barang siapa yang membaca “Ya-Baatin” 3 kali setiap hari, insyallah dirinya akan dapat melihat kebenaran sesuatu perkara.
Barang siapa berzikir “Ya-Baatin” 33 kali tiap-tiap hari, insyallah dirinya di jadikan daripada golongan ahli yakin.
AL-WAALI
ﺍﻟﻭﺍﻟﻲ
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Waali” ketika takut bahaya atau petir, insyallah dirinya berasa aman.
AL-BARR
ﺍﻟﺑﺮ
Barang siapa yang membaca “Ya-Barr” berulang kali kepada anaknya, insyallah dirinya akan terlepas daripada sebarang kecelakaan.
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Barr”, insyallah berhasil baginya kebaikan yang besar.
AT-TAWWAAB ﺍﻟﺘﻭﺍﺏ
Barang siapa membaca “Ya-Tawwaab” berulang kali, nescaya taubatnya di terima Allah SWT.
Sesiapa yang membanyakkan membaca “Ya-Tawwaab”, nescaya di permudahkan baginya jalan kembali yang benar dan di redhai Allah SWT.
AL-‘AFUWW
ﺍﻟﻌﻔﻭ
Barang siapa yang membaca “Ya-‘Afuww” berulang kali, nescaya semua dosanya di ampunkan oleh Allah SWT.
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-‘Afuww” 156 kali atau lebih tiap-tiap hari siang atau malam, insyallah di bukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.
MAALIKUL-MULK
ﺍﻟﻤﻟﻚ ﻤﻟﻚ
Barang siapa membaca “Ya-Maalikul-Mulk” berulang kali, insyallah dirinya akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.



05.10.06
Muka Surat 4 - 5
Zikir setiap hari
AR-RAAUUF
ﺍﻟﺮﺀﻭﻑ
Barang siapa berzikir “Ya-Raauuf” 10 kali ketika marah atau di marahi orang ataupun berada di sisi orang marah lalu membaca selawat “Allahumas Sali-aala-Muhammad” 10 kali, insyallah di hilangkan perasaan marahnya atau kemarahan orang lain.
Barang siapa yang banyak berzikir “Ya-Raauuff” setiap hari pada waktu siang dan malam, insyallah sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan mereka bersedia memberikan pertolongan. Zikir ini amat berguna bagi semua peringkat masyarakat golongan manusia yang mencari keredaah Allah di muka bumi ini.
AL-JAAMI’
ﺍﻟﺠﺎﻤﻊ
Barang siapa kehilangan sesuatu, maka hendaklah dia berzikir “ Ya-Jaami’ ” sebanyak-banyaknya, insyallah di kembalikan atau di gantikan sesuatu yang hilang itu dengan segera.
Bagi ibubapa yang kehilangan anak, sama ada lari dari rumah atau merantau tanpa pengetahuannya (ibubapa), jika ibubapa itu membaca “ Ya-Jaami’ ” sebanyak mungkin, nescaya anaknya akan pulang semula ke pangkuannya berkat pertolongan Allah SWT.
AL-MUGHNI
ﺍﻟﻤﻐﻧﻰ
Barang siapa yang membaca “Ya-Mughni” 10 kali selama 10 kali Jumaat, insyallah dirinya akan beroleh rezeki yang cukup.
Barang siapa berzikir “Ya-Mughni” dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah kian mendalam kasih isterinya.
AD-DHAAR
ﺍﻟﺿﺎﺮ
Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca “Ya-Dhaar” berulang kali pada malam Jumaat, darjatnya ditinggikan oleh Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Dhaar” 100 kali tiap-tiap malam Jumaat, insyallah dirinya di hampirkan kepada rahmat Allah SWT.
AL-NAAFI’
ﺍﻟﻧﺎﻔﻊ
Barang siapa membaca “ Ya-Naafi’ ” selama empat hari beberapa banyak yang boleh, insyallah dirinya tidak akan di timpa bencana.
Barang siapa (suami) berzikir “ Ya-Naafi’ ” dalam hati ketika berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah bertambah kasih isterinya dengan mendalam dan di berikan Allah anak yang soleh.
Sesiapa yang berdukacita dan di jangkiti penyakit, cubalah amalkan membaca “ Ya-Naafi’ ”, insyallah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.
AN-NUUR
ﺍﻟﻧﻮﺮ
Barang siapa membaca “Ya-Nuur” berulang kali akan mendapat cahaya Illahi dalam dirinya.
Barang siapa berzikir “Ya-Nuur” tiap-tiap hari, siang atau malam, insyallah di terangkan hati dan anggotanya.
AL-BAAQI
ﺍﻟﺑﺎﻗﻰ
Barang siapa yang membaca “Ya-Baaqi” 100 kali sebelum matahari terbit, insyallah dirinya terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayat dan akan kekal beroleh keampunan di akhirat kelak.
Barang siapa berzikir “Ya-Baaqi” sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyallah kedudukannya (pangkat) tidak tergugat dan jika dia sebagai usahawan, perniagaannya tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat yang tidak terkira oleh manusia.
AL-WAARIS
ﺍﻟﻮﺍﺮﻴﺚ
Barang siapa membaca “Ya-Waaris”, insyallah umurnya panjang.
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Waaris” 100 kali sebelum terbit matahari tiap-tiap hari, insyallah tiada sesuatu pun yang dapat memberi mudarat pada jasadnya (anggotanya).
AS-SABUUR
ﺍﻟﺼﺑﻮﺮ
Barang siapa berzikir “Ya-Sabuur” 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum terbit matahari, insyallah dirinya terhindar daripada bala pada hari itu.




05.10.06
Muka Surat 5 – 5
Zikir setiap hari

Monday, August 31, 2009

MAKLUMAT BERKAITAN IBADAH PUASA RAMANDAN








'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati serta diterimaAllah S.W.T, Insyaallah







Kelebihan Solat Tarawih
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Adab-Adab Berpuasa
A. Makan Sahur
Orang yang berpuasa sangat dianjurkan untuk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash z bahwa Rasulullah n bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ

“Perbedaan antara puasa kami dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR. Muslim)
Dari Salman z, Rasulullah n bersabda:

الْبَرَكَةُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: الْجَمَاعَةِ وَالثَّرِيْدِ وَالسَّحُوْرِ

“Berkah ada pada 3 hal: berjamaah, tsarid (roti remas yang direndam dalam kuah), dan makan sahur.” (HR. Ath-Thabrani, 6/251, dengan sanad yang hasan dengan penguatnya, lihat Shifat Shaum An-Nabi oleh Ali Al-Halabi, hal. 44)
Disukai untuk mengakhirkan makan sahur berdasarkan hadits Anas dari Zaid bin Tsabit z, ia berkata:
Kami makan sahur bersama Rasulullah n kemudian beliau bangkit menuju shalat. Aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara adzan1 dan sahur?” Beliau menjawab: “Kadarnya (seperti orang membaca) 50 ayat.” (Muttafaqun ‘alaih)
Namun apa yang diistilahkan oleh kebanyakan kaum muslimin dengan istilah imsak, yaitu menahan (tidak makan) beberapa saat sebelum adzan Shubuh adalah perbuatan bid’ah karena dalam ajaran nabi n tidak ada imsak (menahan diri) kecuali bila adzan fajar dikumandangkan. Rasulullah n bersabda:

إِذَا أَذَّنَ بِلاَلٌ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُوْمٍِ

“Apabila Bilal mengumandangkan adzan (pertama), maka (tetap) makan dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan adzan.” (Muttafaqun ‘alaih)
Bahkan bagi orang yang ketika adzan dikumandangkan masih memegang gelas dan semisalnya untuk minum, diberikan rukhshah (keringanan) khusus baginya sehingga dia boleh meminumnya.
Abu Hurairah z meriwayatkan bahwa Rasulullah n bersabda:

إِذَ سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءُ وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Jika salah seorang kalian mendengar panggilan (adzan) sedangkan bejana (minumnya) ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga menunaikan keinginannya dari bejana (tersebut).” (HR. Ahmad dan Abu Dawud dan dihasankan oleh Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i t dalam Al-Jami’ Ash-Shahih, 2/418-419)
Hukum makan sahur adalah sunnah muakkadah. Berkata Ibnul Mundzir: “Umat ini telah bersepakat bahwa makan sahur hukumnya sunnah dan tidak ada dosa bagi yang tidak melakukannya berdasarkan hadits Anas bin Malik z bahwa Rasulullah n bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah, karena sesungguhnya pada makan sahur itu ada barakahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dianjurkan makan sahur dengan buah kurma jika ada, dan boleh dengan yang lain berdasarkan hadits Abu Hurairah z, bahwa Rasulullah n bersabda:

نِعْمَ السَّحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah buah kurma.” (HR. Abu Dawud, 2/2345, dan Ibnu Hibban, 8/3475, Al-Baihaqi, 4/236, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Jika seseorang ragu apakah fajar telah terbit atau belum, maka boleh dia makan dan minum sampai dia yakin bahwa fajar telah terbit.
Firman Allah k:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Makan dan minumlah kalian hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam, yaitu fajar ….” (Al-Baqarah: 187)
Berkata As-Sa’di t: “Padanya terdapat (dalil) bahwa jika (seseorang) makan dan semisalnya dalam keadaan ragu akan terbitnya fajar maka (yang demikian) tidak mengapa.” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman hal. 87)

B. Berbuka Puasa
Orang yang berpuasa dianjurkan untuk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menundanya meski ia merasa masih kuat untuk berpuasa. ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

“Para shahabat Muhammad n adalah orang yang paling cepat berbukanya dan paling lambat sahurnya.” (HR. Al-Baihaqi, 4/238, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar t menshahihkan sanadnya)
Berkata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin t:
“Cepat-cepat berbuka puasa (dianjurkan) bila telah terbenam matahari, bukan karena adzan. Namun di waktu sekarang (banyak) manusia menyesuaikan adzan dengan jam-jam mereka. Maka bila matahari telah terbenam boleh bagi kalian berbuka walaupun muadzdzin belum mengumandangkan adzan.” (Asy-Syarh Al-Mumti’)
Buka puasa dilakukan dalam keadaan ia mengetahui dengan yakin bahwa matahari telah terbenam. Hal ini bisa dilakukan dengan melihat di lautan dan semisalnya. Adapun hanya sekedar menduga dengan kegelapan dan semisalnya, maka bukan dalil atas terbenamnya matahari. Wallahu a’lam.
Mempercepat buka puasa adalah mengikuti Sunnah Rasulullah n. Sahl bin Sa’ad z meriwayatkan Rasulullah n bersabda:

لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ

“Senantiasa umatku berada di atas Sunnahku selama mereka tidak menunggu (munculnya) bintang ketika hendak berbuka.” (HR. Al-Hakim, 1/599, Ibnu Hibban, 8/3510, dengan sanad yang shahih. Lihat Shifat Shaum An-Nabi hal. 63)
Mempercepat berbuka puasa akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya. Seperti yang diriwayatkan Sahl bin Sa’ad z bahwa Rasulullah n bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِّطْرَ

“Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka mempercepat buka puasa.” (HR. Al-Bukhari, 2/1856, dan Muslim, 2/1098)
Mempercepat berbuka puasa adalah perbuatan menyelisihi Yahudi dan Nashara. Abu Hurairah z berkata, Rasulullah n bersabda:

لاَ يَزَالُ هَذَا الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ

“Senantiasa agama ini nampak jelas selama manusia mempercepat buka puasa karena Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.” (HR. Abu Dawud, 2/2353, Ibnu Majah, 1/1698, An-Nasai dalam Al-Kubra, 2/253, dan Ibnu Hibban, 8/3503, dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Selain itu, mempercepat buka puasa termasuk akhlak kenabian. Sebagaimana dikatakan ‘Aisyah x:

ثَلاَثٌ مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ: تَعْجِيْلُ اْلإِفْطَارِ وَالتَّأْخِيْرُ السُّحُوْرِ وَوَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ

“Tiga hal dari akhlak kenabian: mempercepat berbuka, mengakhirkan sahur, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam shalat.” (HR. Ad-Daruquthni, 1/284, dan Al-Baihaqi, 2/29)
Orang harus berbuka puasa lebih dahulu sebelum shalat Maghrib, berdasarkan hadits Anas z bahwa Rasulullah n berbuka puasa sebelum shalat (Maghrib) dan makanan yang paling dianjurkan untuk berbuka puasa adalah kurma. Anas bin Malik z berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٍ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٍ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

“Adalah Nabi n berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum shalat (Maghrib), bila tidak ada ruthab maka dengan tamr (kurma yang matang), bila tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. Abu Dawud, 2/2356, dan At-Tirmidzi, 3/696, Ad-Daruquthni, 2/185, dengan sanad yang shahih, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Jangan lupa, berdoa sebelum berbuka puasa dengan doa:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala insya Allah k.” (HR. Abu Dawud, 2/306 no. 2357, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra, 2/255, Ad-Daruquthni, 2/185, Al-Baihaqi, 4/239, dari hadits Ibnu ‘Umar c dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Orang yang menjalankan ibadah puasa diharuskan menjauhkan perkataan dusta sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Hurairah z, bersabda Rasulullah n:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, maka tidak ada keinginan Allah pada puasanya” (HR. Bukhari no. 1804)

1 Yang dimaksud adalah iqomah, karena terkadang iqomah disebut adzan, wallahu a’lam. Yang dimaksud dengan sahur adalah akhir waktu sahur yaitu ketika masuk waktu shubuh, sebagaimana akan lebih jelas pada artikel 'Sahur dan Berbuka', -red.


Pembatal Puasa

a. Makan dan minum dengan sengaja
Allah k berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

“Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam dari fajar kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.” (Al-Baqarah: 187)
Namun jika seseorang lupa maka puasanya tidak batal, berdasarkan hadits Rasulullah n:

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ

“Jika ia lupa lalu makan dan minum maka hendaklah dia sempurnakan puasanya karena sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (HR. Al-Bukhari no. 1831 dan Muslim no. 1155)

b. Keluar darah haidh dan nifas
Hal ini sebagaimana dikatakan ‘Aisyah x:
“Adalah kami mengalami (haidh), maka kami diperintahkan untuk meng-qadha puasa dan tidak diperintahkan meng-qadha shalat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama telah sepakat dalam perkara ini.

c. Melakukan hubungan suami istri di siang hari Ramadhan
Hal ini berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah, dan kesepakatan para ulama. Bagi yang melakukannya diharuskan membayar kaffarah yaitu membebaskan budak, bila tidak mampu maka berpuasa dua bulan secara terus-menerus, dan bila tidak mampu juga maka memberi makan 60 orang miskin. Tidak ada qadha baginya menurut pendapat yang kuat. Hukum ini berlaku secara umum baik bagi laki-laki maupun perempuan.
Adapun bila seseorang melakukan hubungan suami istri karena lupa bahwa dia sedang berpuasa, maka pendapat yang kuat dari para ulama adalah puasanya tidak batal, tidak ada qadha dan tidak pula kaffarah. Hal ini sebagaimana hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ نَاسِيًا فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلاَ كَفَّارَةَ

“Barangsiapa yang berbuka sehari di bulan Ramadhan karena lupa, maka tidak ada qadha atasnya dan tidak ada kaffarah (baginya).” (HR. Al-Baihaqi, 4/229, Ibnu Khuzaimah, 3/1990, Ad-Daruquthni, 2/178, Ibnu Hibban, 8/3521, dan Al-Hakim, 1/595, dengan sanad yang shahih)
Kata ifthar mencakup makan, minum dan bersetubuh. Inilah pendapat jumhur ulama dan dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Asy-Syaukani rahimahumallah.

d. Berbekam
Ini termasuk perkara yang membatalkan puasa menurut pendapat yang rajih, berdasarkan hadits Rasulullah n:

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ

“Telah berbuka (batal puasa) orang yang berbekam dan yang dibekam.” (HR. At-Tirmidzi, 3/774, Abu Dawud, 2/2367;2370;2371, An-Nasai, 2/228, Ibnu Majah no. 1679,dan lainnya)
Hadits ini shahih dan diriwayatkan dari kurang lebih 18 orang shahabat dan dishahihkan oleh para ulama seperti Al-Imam Ahmad, Al-Bukhari, Ibnul Madini dan yang lainnya. Ini merupakan pendapat Al-Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuyah serta dikuatkan oleh Ibnul Mundzir.
Ada beberapa perkara lain yang juga disebutkan sebagian para ulama bahwa hal tersebut termasuk pembatal puasa, di antaranya:

a. Muntah dengan sengaja
Namun yang rajih dari pendapat ulama bahwa muntah tidaklah membatalkan puasa secara mutlak sengaja atau tidak sengaja. Sebab asal puasa seorang muslim adalah sah, tidaklah sesuatu itu membatalkan kecuali dengan dalil. Adapun hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَمَنِ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

“Barangsiapa yang dikalahkan oleh muntahnya maka tidak ada sesuatu atasnya dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia meng-qadha (menggantinya).” (HR. Ahmad, 2/498, At-Tirmidzi, 3/720, Abu Dawud, no. 2376 dan 2380, Ibnu Majah no. 1676)
Hadits ini dilemahkan oleh para ulama, di antaranya Al-Bukhari dan Ahmad. Juga dilemahkan oleh Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi t.
Namun jika muntah tersebut keluar lalu dia sengaja memasukkannya kembali maka hal ini membatalkan puasanya.

b. Menggunakan cairan penngganti makanan seperti infus
Terjadi perselisihan di kalangan para ulama, dan yang rajih bahwa suntikan terbagi menjadi dua bagian:
1). Suntikan yang kedudukannya sebagai pengganti makanan maka hal ini membatalkan puasanya, sebab nash-nash syari’at bila didapatkan pada sesuatu yang termasuk dalam penggambaran yang sama maka dihukumi sama seperti yang terdapat dalam nash.
2).Suntikan yang tidak berkedudukan sebagai pengganti makanan, maka hal ini tidaklah membatalkan puasa sebab gambarannya tidak seperti yang terdapat dalam nash baik lafadz maupun makna, tidak dikatakan makan dan tidak pula minum dan tidak pula termasuk dalam makna keduanya. Dan asalnya adalah sahnya puasa seorang muslim sampai meyakinkan pembatalnya berdasarkan dalil yang syar’i. (lihat fatwa Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin t dalam Fatawa Islamiyyah: 2/130, fatwa Asy-Syaikh Bin Baaz t dalam Fatawa Ramadhan: 2/485, dan Fatwa Lajnah Da’imah: 2/486, dan fatwa Syaikhul Islam t dalam Haqiqotus Shiyam: 54-60).
Namun Asy-Syaikh Muqbil t menasehatkan bagi orang yang sakit untuk berbuka dan tidak berpuasa agar tidak terjatuh ke dalam sesuatu yang menimbulkan syubhat. (Min Fatawa Ash-Shiyaam: 6)

c. Onani
Pendapat yang rajih dari pendapat para ulama bahwa onani tidaklah membatalkan puasa, namun termasuk perbuatan dosa yang diharamkan melakukannya baik ketika berpuasa maupun tidak. Allah k berfirman menyebutkan di antara ciri-ciri orang mukmin:

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُوْنَ

“Dan (mereka adalah) orang yang memelihara kemaluannya, kecuali kepada istri-istrinya atau budak wanita yang mereka miliki. Maka sesungguhnya (hal itu) tidak tercela. Maka barangsiapa yang mencari selain itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)




Hal-Hal yang Diperbolehkan Bagi Orang yang Berpuasa

a. Bersiwak
Rasulullah n bersabda:

لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ

“Jika aku tidak memberatkan umatku, niscaya akan kuperintahkan mereka bersiwak setiap hendak shalat.” (Muttafaq ‘alaih)

b. Masuknya waktu fajar dalam keadaan junub
Hal ini berdasarkan hadits ‘Aisyah dan Ummu Salamah c bahwa Nabi n mendapati waktu fajar dalam keadaan junub setelah (bersetubuh dengan) istrinya, kemudian beliau mandi dan berpuasa. (Muttafaq ‘alaihi)

c. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung asal tidak berlebihan
Laqith bin Shabirah meriwayatkan bahwa Rasulullah n bersabda:

وَبَالِغْ فِي اْلإِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا

“Dan bersungguh-sungguhlah kalian dalam ber-istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) kecuali bila kalian berpuasa.” (HR. Abu Dawud, 1/132, dan At-Tirmidzi, 3/788, An-Nasai, 1/66, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)

d. Menggauli istri selain bersetubuh
Sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Aisyah x:
“Adalah Rasulullah nmencium (istrinya) dan beliau berpuasa, menggaulinya (bukan jima’) dan beliau berpuasa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

e. Mencicipi makanan dan menciumnya asal tidak memasukkan ke dalam kerongkongannya
Berkata Ibnu ‘Abbas c:
“Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka atau sesuatu (yang lain) selama tidak masuk kerongkongannya dalam keadaan dia berpuasa.” (Diriwayatkan Al-Bukhari secara mu’allaq dan disambung sanadnya oleh Ibnu Abi Syaibah dan Al-Baihaqi)

f. Mandi di siang hari
Sebagaimana yang terdapat pada kisah junub Nabi n yang telah lalu.

Perbuatan yang Dianjurkan di bulan Ramadhan

a. Memperbanyak shadaqah
b. Memperbanyak bacaan Al Qur’an, dzikir, doa, dan shalat
Ibnu ‘Abbas c meriwayatkan:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

“Rasulullah n adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al Qur`an.” (HR. Al-Bukhari)

c. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah n bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. Ahmad, 4/114, At-Tirmidzi, 3/807, Ibnu Majah, 1/1746, Ad-Darimi no. 1702, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih At-Tirmidzi).

Wallahul muwaffiq.

Sunday, March 22, 2009

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA>
> > >
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra >

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar> sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam> Surah al-Waqiah.> ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa> menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari> oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.> >

Caranya:>

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah> sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38> sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk> menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.> >

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:>

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri> mereka dengan ciptaan istimewa,>

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak> pernah disentuh),>

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya> umurnya,>

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. >

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada> manafaatnya. > > >


JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR ATI..ZIKRULLAH>

SEBAGAI PENGHIBUR HATI..SOLAT SEBAGAI PERLINDUNG DIRI..TAQWA>

SEBAGAI BAJA DLM TAMAN HATI..& SHUKOR SEBAGAI PENEMAN>

KAMU!!! BARU HIDUP AKAN BAHAGIA..!!~">

Friday, February 13, 2009

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

From:"AMRAN@Daxontech.com" Diriwayatkan daripada Barra2 bin ' Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-Tidur dengan meniarapDr Zafir al-Attar berkata:"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang bad an yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah ' Times ' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسولهMaksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:قم واقعد فإنها نومة جهنميةMaksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)Tidur menelentangDr Zafir al-Attar berkata:Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.Tidur mengiring ke kiriTidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiriKajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.Tidur yang terbaikTidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.Moga ada manfaat,Wallahuaqlam.
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT di 10:44:00 PM

Sifat ujub kerana kurang ilmu

"Salam....Saya memang tak rajin nak buka thread disini.. tetapi bila melihatkan ada diantara forumer yang bersifat ujub... maka saya rasa perlu diperingatkan dan diberi teguran kepada sesiapa yang rasa mahu muhasabah diri... Berhubung dengan sifat ujub yang termasuk dari salah satu sifat mazmumah ini... kita sepatutnya selalu menginsafi diri yang diri kita ini adalah pinjaman dari allah swt... maka wajarlah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan menginsafi kekurangan yang ada pada hamba allah yang lain... konsep mensyukuri nikmat Allah adalah amat mudah iaitu dengan mengerjakan amar makruf nahi munkar sebaiknya dan dalam masa yang sama kita berusaha menambahbaik amalan yang telah kita laksanakan sebaiknya. Manakala sifat ujub adalah berlawanan dengan sifat syukur... orang yang ujub akan merasakan dirinya punyai kelebihan dari orang lain dan ia melupakan hakikat dirinya yang tidak punya apa-apa didunia ini... dia juga lupa akan kelbihan yang sedang dinikmati itu boleh hilang sekelip mata dengan iradah Allah... Ada yang merasakan dia didalam jemaah adalah lebih baik dari penyokong biasa... ada yang merasakan dia lebih Islam dari orang lain... ada yang merasakan dia lebih berharta dan terpelajar dari orang lain.. ada jugak yang merasakan dirinya lebih bijak dan berani dari orang lain... apa juga perasaan lebih dari orang lain adalah menjrus kepada sifat ujub jika tidak disusuli dengan perasaan syukur kepada Allah swt. Namun ianya tetap ujub jika ada persaan syukur dan dalam masa yang sama menghina orang yang kurang dari dirinya... Wallahu a'lam.. fikir-fikirkan... ***P/S:- Silalah beri teguran dan perbetulkan kiranya ada kesilapan didalam pandangan saya diatas..."