Monday, August 16, 2021

KENALI IBNU SINA


KENALI IBNU SINA 🧔💊💉
Bapa Perubatan Moden
BIODATA
🧔Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
🧔Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
🧔Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan.
🧔Beliau berasal daripada keturunan Turki & bapanya ialah pengusaha Kharmathain, Bukhara.
🧔Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai & Hamazan.
🧔Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
🧔Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.
KEPERIBADIAN
💊Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu & beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
💊Ibnu Sina seorang yang taat beragama & beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah.
💊Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
💊Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia 18 tahun.
💊Seorang yang berinovatif kerana Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.
💊Ketika usia aku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu -Ibnu Sina-.
PENDIDIKAN
🧔Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
🧔Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
🧔Beliau mempelajari ilmu fikah & tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab & prinsip² geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains & ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
🧔Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
🧔Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
💉Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
💉Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
💉Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan.
💉Antaranya adalah Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
💉Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.
💉Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan
✅ Ubat bius
✅ Mencipta picagari dan lain-lain
✅ Pengaruh kuman dalam penyakit
✅ Penemuan dalam bidang farmasi
✅ Penemuan penyakit baru serta puncanya
✅ Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya
✅ Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan
✅ Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit
✅ Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
Kredit: ALBAHTH-IST


 

No comments: